Ahad, 1 Februari 2015

Program SARANA

Program SARANA telah dijalankan di SK Kuala Apas dengan kerjasama pihak sekolah dan PIBG. Program ini dijalankan pada 31.1.2015 hari Sabtu jam 7.30 pagi.
Semua guru-guru dan ibubapa hadir untuk memberi sumbangan dan sokongan kepada pihak sekolah terutamanya dalam keceriaan kelas-kelas dan aktiviti-aktiviti sekolah yang lain. Disamping itu juga guru ICT telah mengambil kesempatan mengingatkan ibubapa agar mengaktifkan iD Frog Vle masing-masing dan mesti melayari Frog VLE 30 minit seminggu terutamanya kepada ibubapa yang mempunyai internet.
Guru Besar sedang memberi taklimat kepada ibubapa.

Ibubapa mendengar penerangan.

Ibubapa yang menghadiri program SARANA.

Rabu, 23 Julai 2014

GURU BESAR SK KUALA APAS
TAWAU
EN SAPILI BIN NURUSID

Jumaat, 31 Januari 2014

FROG VLE login

FROG VLE log in anda di sini:
log in FROG VLE




ePANGKAT

SISTEM KENAIKAN ePANGKAT
Kepada guru-guru yang ingin melayari laman ePangkat bolehlah klik alamat ini:
http://apps2.moe.gov.my/epangkat/login.php

Perhatian:  Untuk makluman, Iklan Urusan Pemangkuan Gred DG41 ke Gred DG44 Bidang Umum/Teknikal/Pendidikan Islam akan disiarkan pada Bulan Februari 2014. Sehubungan dengan itu, Ketua Jabatan adalah dipohon supaya melaksanakan pengemaskinian terkini maklumat PPP di bawah pentadbiran masing-masing. Manakala bagi PPP pula dipohon supaya menyemak kembali maklumat-maklumat yang telah dikemaskini oleh Ketua Jabatan bagi memudahkan urusan yang akan dilaksanakan kelak.

Urusan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) ke Gred DGA34 dan Gred DGA32 bagi Mengisi Jawatan Guru Besar Tahun 2014 di Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) :
Dimaklumkan bahawa pemangkuan pemangkuan PPPLD Gred DGA32 ke Gred DGA34 dan Gred DGA29 ke Gred DGA32 (Bidang Umum, Cina dan Tamil) bagi mengisi kekosongan jawatan Guru Besar di Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2014 berikut:
Syarat-syarat Umum:
 
1.Telah disahkan dalam perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DGA32 sahaja
2.mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu sebanyak 85% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terkini (2010, 2011 dan 2012);
3.Bebas dari tindakan tatatertib;
4.Telah mengisytiharkan harta;
5.Lulus tapisan keutuhan SPRM
6.Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan; dan
7.Diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.
 
Syarat-syarat Khusus:
1.Telah dinaikkan pangkat ke Gred DGA32 atau sekurang-kurangnya lima (5) tahun di Gred DGA29;
2.Mempunyai pengkhususan dalam bidang tertentu :
(a) Bidang Umum; atau
(b) Bidang Cina; atau
(c) Bidang Tamil 
3.Lulus Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) atau Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH);
4.Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun pengalaman sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Bidang / Penolong Kanan / jawatan-jawatan pentadbiran di PPD / JPN / Bahagian / IAB / IPG / KM;
5.Mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) tahun tempoh perkhidmatan sebelum bersara; dan
6.Melepasi tahap kesihatan yang memuaskan (Perenggan 9, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013
 
Calon-calon yang memohon untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ke Gred DGA34 dan ke Gred DGA32 ini hendaklah memohon melalui Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS) di bawah Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) di http://apps2.moe.gov.my/tls/login.php